Sunday, January 18, 2009

Berita : Pilihan Raya Kecil Parlimen K. Terengganu

CALON Pas Mohd Abdul Wahid Endut (kanan) mengangkat tangan selepas diumumkan pemenang Pilihan Raya Kecil Kerusi Parlimen Kuala Terengganu oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya Wan Mustafa Wan Hassan (tiga kiri) di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Stadium Negeri, Kuala Terengganu. - Foto Bernama

" Tahniah calon pas kerana memenangi pilihan raya kecil parlimen Terengganu dengan majoriti 2631 undi.

Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh
Jumlah Undi: 30,252
Mohd Abdul Wahid Endut
Jumlah Undi: 32,883
Azharudin Mamat
Jumlah Undi: 193


Info:






Majoriti:2,631






Undi Rosak:665






Pemilih berdaftar:80,229






Keluar Mengundi:63,993






% Keluar Mengundi:79.9%


Ini merupakan suatu pengajaran buat barisan kerajaan dan fahamilah luahan hati rakyat. Bagi kami rakyat Malaysia, bukanlah terlalu taksub dengan pakatan pembangkang mahupun Pas itu sendiri. Kami inginkan sebuah keadilan yang mutlak untuk menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang berdaulat, bermaruah dan berintegriti.

Salahkah barisan2 media memberikan laporan yang seimbang kepada barisan pembangkang? Bersikap adillah kepada semua pihak. Berikan mereka ruang dan peluang untuk sama2 berjuang demi masyarakat dan demi membangunkan negara Malaysia ke tahap yang lebih maju dan berdaya saing.

Kami sudah mual dengan laporan berat sebelah yang diberikan. Kami sudah bosan dengan laporan palsu yang diberikan. Jangan perjudikan nasib rakyat dan bangsa melayu khususnya.

Kami, warga2 yang berpelajaran bukanlah tidak menghargai atau golongan yang tidak membalas budi. Tapi, kami inginkan pembaharuan yang sebenar. Percayalah barisan kerajaan, kami sayangkan kerajaan, tapi barisan kerajaan tidak pernah mendengar luahan hati rakyat.

Janganlah digembar gemburkan kesalahan orang lain, tapi cariklah bagaimana sesuatu perkara atau isu itu boleh diperbaiki. Jangan suka menuding dan memburukkan orang lain. pleaselah kerajaan, dengarlah. Kami terlalu letih dengan mainan politik yang tak bertepi ini.

Aperpun, tahinah kepada penduduk Kuala Terengganu kerana memberikan suatu keputusan yang boleh memberi mesej kepada kerajaan. Kepada Ahli parlimen baru, Abdul Wahid Endut, Tahniah dan banyak tugas besar menanti anda. berhati2lah dan selamat berjaya.....:))"

No comments: